Slot Tetamu MACC.fm bagi mempromosikan Karnival Yayasan Prihatin SPRM 2026
Sepanjang sesi, Pengerusi Yayasan menjelaskan bahawa karnival ini merupakan inisiatif Yayasan Prihatin SPRM dalam merapatkan hubungan antara SPRM dan masyarakat melalui pelbagai aktiviti berteraskan kebajikan, kesejahteraan komuniti, pendidikan, kesedaran integriti serta program kekeluargaan. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Yayasan untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap nilai-nilai integriti.
Turut dikongsikan ialah peranan Yayasan Prihatin SPRM sebagai sebuah organisasi kebajikan yang komited membantu masyarakat, anggota SPRM dan keluarga melalui pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan, pendidikan, kebajikan serta program tanggungjawab sosial yang memberi manfaat secara menyeluruh. Yayasan turut berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan SPRM dengan masyarakat menerusi pelaksanaan program komuniti yang berimpak tinggi.
Secara keseluruhannya, slot bicara ini berjaya meningkatkan hebahan dan kesedaran awam mengenai Karnival Yayasan Prihatin SPRM: Denyut Nadi Bersama Komuniti, di samping memperkukuhkan imej Yayasan sebagai sebuah organisasi yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat serta komited dalam menyemai nilai integriti dan semangat kebersamaan.